
Minggu lepas, empat hari aku tiada di sekolah. Maka, empat hari juga aku ketinggalan banyak perkara di sekolah. Leceh sebenarnya pergi kursus ni. Tapi, aku tak nafikan juga pi kursus ni banyak kebaikannya, tapi tu lah kalau kursus dekat takpe la boleh berulang. Dibuatnya kursus jauh-jauh, mahu bercenta aku...huhuhu...
Semasa berkursus juga, aku dapat tahu satu kejutan yang sungguh luar biasa. Ada seorang cikgu perempuan yang selama ini disangka cik, rupa-rupanya sudah berkahwin semenjak dua tahun yang lalu dengan cikgu lelaki di sekolah yang sama. Cikgu lelaki tu pulak, suami orang. Dengar katanya, mereka kahwin guna sindiket. Bukan di Thailand tapi masih dalam Malaysia. Entah la. Waaaa...pandai sungguh mereka menyimpan rahsia. Tapi bak kata pepatah,"mana boleh nak sorok bangkai". Eh, sesuai ke..hehe..hentam saja la.
Rahsia akhirnya terbocor jua, dan baru-baru ni pulak aku dapat cerita mereka sudah bercerai apabila isteri cikgu lelaki tu mengugut untuk buat sesuatu. Tapi, depa ni memang pelakon handalan la, di sekolah masih boleh buat muka macam tadak apa-apa yang berlaku. Pihak atasan pun nampaknya tidak mengambil apa-apa tindakan. Aku pun tak suka campur tangan hal-hal orang, buat dek aje lahh...



