Wednesday, May 23, 2007

Wednesday, May 16, 2007

Sedih

Aku begitu rasa sedih sekarang ini. Sedih bercampur kecewa. Kesedihan yang tak mampu aku tampung. Namun, aku terpaksa tanggung sendiri...

Tuesday, May 15, 2007

Thursday, May 3, 2007

Tuesday, April 24, 2007

Kejutan


Minggu lepas, empat hari aku tiada di sekolah. Maka, empat hari juga aku ketinggalan banyak perkara di sekolah. Leceh sebenarnya pergi kursus ni. Tapi, aku tak nafikan juga pi kursus ni banyak kebaikannya, tapi tu lah kalau kursus dekat takpe la boleh berulang. Dibuatnya kursus jauh-jauh, mahu bercenta aku...huhuhu...

Semasa berkursus juga, aku dapat tahu satu kejutan yang sungguh luar biasa. Ada seorang cikgu perempuan yang selama ini disangka cik, rupa-rupanya sudah berkahwin semenjak dua tahun yang lalu dengan cikgu lelaki di sekolah yang sama. Cikgu lelaki tu pulak, suami orang. Dengar katanya, mereka kahwin guna sindiket. Bukan di Thailand tapi masih dalam Malaysia. Entah la. Waaaa...pandai sungguh mereka menyimpan rahsia. Tapi bak kata pepatah,"mana boleh nak sorok bangkai". Eh, sesuai ke..hehe..hentam saja la.

Rahsia akhirnya terbocor jua, dan baru-baru ni pulak aku dapat cerita mereka sudah bercerai apabila isteri cikgu lelaki tu mengugut untuk buat sesuatu. Tapi, depa ni memang pelakon handalan la, di sekolah masih boleh buat muka macam tadak apa-apa yang berlaku. Pihak atasan pun nampaknya tidak mengambil apa-apa tindakan. Aku pun tak suka campur tangan hal-hal orang, buat dek aje lahh...

Wednesday, April 18, 2007

lelaki

Encemnye pakwe aku ni...heheh. Tapi, encem saja tak guna gak kalau tak bertanggungjawab. Lelaki tanpa tanggungjawab sungguh tak berguna. Cam kelapa tadak santan, tinggal hampeh semata-mata. Kadang-kadang bila tengok studeng2, aku terfikir kalau cam ni laaaa perangai cam mana laaaa nak kawen dan bimbing isteri dan anak-anak. Diri sendiri belum tentu lepas...huhuhuhuhu aku jadik sadis mengenangkan masa depan depa dan anak isteri depa...

Masa kursus kelmarin,ada seorang fasilitator cerita tentang anak bujang sulong dia, umur baru 23 tahun tapi dah minta nak bertunang. Terkunjat. Diam dia seketika. Tapi, ini mukadimah aje, bukan aku nak tekankan tentang dia nak bertunang tu. Fasi tu memang tak kasik la anak dia bertunang ke kawen ke, sebab dia rasa muda sangat. Lagipun, semua kain baju, bilik hatta spentot pun mak dia yang kena sediakan walaupun dia telah bekerja. Tapi, dia dengan selambernya jawab,"Sebab tu la nak kawen, nanti mak tak payah buat semua tu dah, isteri dah boleh buatkan..." Murni sungguh laaaaaa impian dia neh...terharu aku mendengarnya.

Senangnya lelaki meletakkan tanggungjawab mengemas, menyediakan, menguruskan hal-hal rumah tangga hanya kepada isteri. Mati cepat la isteri camneh. Tambah lak, isteri yang bekerja...huhuhuhu..sadisssss...

Tuesday, April 17, 2007

Kasi up sikit...

Dulu-dulu masa alam persekolahan aku teringat, kalau nak kasik bersemangat pi sekolah hari-hari, mesti cari seorang "ädmirer" yang boleh melonjakkan jiwa raga. Tak kiralah orang itu cikgu ka, studeng gak ka. Tapi senyap-senyap je laa, mana leh kasik tau orang. Aku kan ka pemalu. Bila dikenang-kenangkan balik, syok gak buat camtu. Bukan sebab nak menggatai atau menggediks, tapi sekadar dijadikan sumber semangat. Saja suka-suka. Tapi, kalau betoi-betoipun masa tu apa salahnya...ahakss...

Aku ni zaman sekolah pemalu ya amat. La ni pun, pemalu lagi, cuma boleh laaaaa kaber sket. Terpaksa, kalau mahu hidup dalam dunia yang perlu berkomukasi dengan banyak cabang pihak ni. Kalau, kekal pemalu amat, habislah aku jawabnya.

Huhh...tadak mood plak nak cerita pasal kursus aku. Walaupun sebenarnya, amat menarik intipati yang aku dapat hari ini. Tapi...ngantuks ahh...

Monday, April 16, 2007

Kerja, kerja, kerja...

Hari ni kursus bermula. Aku memang tak suka pi kursus. Malas. Tapi, nasib baik dekat jugak dengan rumah. Boleh la berulang. Walau kursus habis pukul 10.30 malam, aku lari balik gak. Waktu malam memang mata aku makin kelam, bawa kereta pun dalam 40-60 km/j. Nasib baik la kereta tak banyak malam-malam. Kalau tak, mesti asyik kena maki je. Hari Sabtu ni pulak kena pi sekolah gak. Ada perbahasan, sekolah aku jadi tuan rumah untuk peringkat daerah. Huuuhhhh...buat Sabtu minggu ke-3 lak tu. Apo laaaaaaaa...Dah la dapat jadual baru dari PPD, menyatakan setiap hari Isnin dan Rabu balik pukul 4.30 petang...huhuhuhuhu...penat. Sapa kata kerja cikgu senang??? Aku cabar orang tu mai jadi cikgu dalam seminggu,eh..takyah seminggu laaa sehari pun cukup. Meh ambik alih jadual aku, kerja aku...baru tauuuu tekanan seorang guru. Ada cikgu sendiri pun tak faham, almaklum dah pegang jawatan tinggi sket, depa pun dah mula lupa masalah yang sering dihadapi oleh seseorang cikgu. Pehtu, ada plak yang suka banding-banding,"saya dulu boleh takkan awak tak boleh.."huhhh lagi hangat hati dan jiwa raga. Aku dak suka laaaa orang banding-banding camneh...Errr, tapi kadang-kadang aku bandingkan gak diri aku ngan studeng. Tu cam mana tu?? Heheh...tu lain arrr, tu bertujuan beri semangat. CIkgu ngan studeng lain. Tapi bos ngan cikgu lain tatacaranya...Kalau cikgu tak bela cikgu, sapa lagi yang nak belaaa nasib cikgu-cikgu nehh...

Thursday, April 12, 2007

Penat

Pening le. Entah apa-apa yang aku fikirkan. Hidup jadi cam kelam-kelibut je sejak akhir-akhir ni. Ada aje yang aku rasa tak kena. Apsal cam ni ek??? Kerja pun bertindan-tindan datang, lepas satu, satu. Belum setel satu, dah datang satu lagi, belum setel dua, dah datang tiga lagi...huhuhuhuuhuhuhu...penaaaaaaaatt seeeyyy. Minggu depan dah kena kursus empat hari. Ni lagi satu, kena lak bermalam. Tak ke menyusahkan tu. Kalau ada peluang, aku mau lari balik le. Tapi, minta-minta malam tadak le program. Macam mana laa aku nak merancang masa berkualiti??? Aku terasa seperti kena buat sesuatu supaya hidup dan kerja aku menjadi lebih teratur, lebih besss dan lebih ceria. Banyak nak kena fikir nihh...

Thursday, March 15, 2007

Bosan

Sehari lagi masa beranjak. Entah apa kemajuan yang aku buat. Hai hidup...Apalah hendak jadi dengan kehidupan ini? Bagaimana aku mahu menceriakan hidup yang mula kebosanan?

Wednesday, March 14, 2007


Jemu...kadang-kadang perasaan jemu meraja dihati bertakhta dijiwa. Bila saat itu berlaku, terasa ingin sekali berlari meninggalkan apa yang ada di hadapan mata. Tapi, ke mana arah tuju??? Pergi ke kedai membeli ais kacang atau cendol??? Sedap. Tapi...malas. Lagipun kedai yang ada jauh-jauh belaka.

Sudahnya, masih di sini aku...

Monday, March 12, 2007

Keinginan vs kenyataan


Kadang-kadang aku pun bingung dengan hidup ini. Entah apa yang aku mahu lagi??? Terlalu banyak sebenarnya. Cuma mampu atau tidak saja. Namun kalau boleh, perkara asas biar mententeramkan jiwa. Cukup sekadar itu dahulu. Tidak lebih dan tidak kurang. Sederhana. Tapi yang sederhana itu pun belum tentu mampu dimiliki. Angan-angan sajalah jawabnya. Errmmm, angan-angan pun kadang-kadang bisa memberi sedikit harapan dan ketenangan, walau seketika saja sifatnya.


Aku sedar tidak semua perkara dan benda yang kita hendak, kita akan dapat. Tidak semua kehendak kita akan tertunai. Terima seadanya. Tapi...insan biasa seperti aku, memang tidak puas dengan apa yang ada. Mengeluh??? Selalunya begitulah walau aku sedar tidak baik berbuat demikian.


Aku perlukan keamanan dan keselesaan dalam hidup. Jika mampu dimiliki, syukur Alhamdulillah...

Sunday, March 11, 2007

Cari-cari apa yang dicari...




Semakin dicari semakin kuhilang
Semakin ditelah semakin kukalah
Semakin difikir semakin kutersingkir
Ahhh...hidup begitu susah
bila mana aku merasakan susah
namun bila kupandang enteng
semakin terbina benteng...

Saturday, March 10, 2007

Hidup dan Saya

Hidup ini tidak dinamakan hidup jika tanpa permasalahan
Masalah sebahagian daripada hidup
Jika tidak, hidup menjadi lesu dan bisu
sebisu alam tanpa bunyi-bunyian fauna
selesu sungai yang menangis kesesakan...