Sehari lagi masa beranjak. Entah apa kemajuan yang aku buat. Hai hidup...Apalah hendak jadi dengan kehidupan ini? Bagaimana aku mahu menceriakan hidup yang mula kebosanan? Thursday, March 15, 2007
Bosan
Sehari lagi masa beranjak. Entah apa kemajuan yang aku buat. Hai hidup...Apalah hendak jadi dengan kehidupan ini? Bagaimana aku mahu menceriakan hidup yang mula kebosanan? Wednesday, March 14, 2007

Jemu...kadang-kadang perasaan jemu meraja dihati bertakhta dijiwa. Bila saat itu berlaku, terasa ingin sekali berlari meninggalkan apa yang ada di hadapan mata. Tapi, ke mana arah tuju??? Pergi ke kedai membeli ais kacang atau cendol??? Sedap. Tapi...malas. Lagipun kedai yang ada jauh-jauh belaka.

Sudahnya, masih di sini aku...
Monday, March 12, 2007
Keinginan vs kenyataan

Kadang-kadang aku pun bingung dengan hidup ini. Entah apa yang aku mahu lagi??? Terlalu banyak sebenarnya. Cuma mampu atau tidak saja. Namun kalau boleh, perkara asas biar mententeramkan jiwa. Cukup sekadar itu dahulu. Tidak lebih dan tidak kurang. Sederhana. Tapi yang sederhana itu pun belum tentu mampu dimiliki. Angan-angan sajalah jawabnya. Errmmm, angan-angan pun kadang-kadang bisa memberi sedikit harapan dan ketenangan, walau seketika saja sifatnya.
Aku sedar tidak semua perkara dan benda yang kita hendak, kita akan dapat. Tidak semua kehendak kita akan tertunai. Terima seadanya. Tapi...insan biasa seperti aku, memang tidak puas dengan apa yang ada. Mengeluh??? Selalunya begitulah walau aku sedar tidak baik berbuat demikian.
Aku perlukan keamanan dan keselesaan dalam hidup. Jika mampu dimiliki, syukur Alhamdulillah...
Sunday, March 11, 2007
Saturday, March 10, 2007
Hidup dan Saya
Hidup ini tidak dinamakan hidup jika tanpa permasalahan
Masalah sebahagian daripada hidup
Jika tidak, hidup menjadi lesu dan bisu
sebisu alam tanpa bunyi-bunyian fauna
selesu sungai yang menangis kesesakan...
Masalah sebahagian daripada hidup
Jika tidak, hidup menjadi lesu dan bisu
sebisu alam tanpa bunyi-bunyian fauna
selesu sungai yang menangis kesesakan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
